Maiphan, seorang kanak-kanak lelaki dari sebuah kampung luar bandar di Laos sering ponteng sekolah kerana mengalami cirit-birit dan kejang perut. Disebabkan tidak sedar akan penyakit bawaan air yang mungkin didalangi air yang tidak bersih, keluarga Maiphan telah minum air sungai tanpa proses penulenan atau mendidihkannya terlebih dahulu.
Minum air yang bersih dan selamat adalah penting untuk kesihatan kita. Meskipun dengan usaha untuk memperoleh air daripada sumber yang ‘bersih’ dan memasaknya, air yang kita minum tidak semestinya tulen dan mungkin mendatangkan pelbagai komplikasi kesihatan.
Apakah Kebaikan Minum Air Tulen?
Minum air tulen mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan. Antaranya kebaikan air tulen ialah:
- membantu untuk mengekalkan berat badan yang sihat
- menyahtoksik badan secara semulajadi
- membantu dalam penghadaman dan penyerapan nutrien
- menggalakkan peredaran darah yang lebih baik serta kulit yang lebih sihat
Yang paling penting, minum air tulen membantu anda mengelakkan bahan cemar yang mengancam kesihatan anda.
Apakah Petunjuk Bahawa Air Anda Sudah Tercemar?
Air yang tercemar biasanya tidak berwarna, tidak berbau dan tidak berasa. Bahan cemar seperti bakteria, racun herba dan racun perosak tersembunyi di dalam air dan tidak dapat dikesan dengan mata kasar tetapi mampu menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya.
Gejala yang lebih ringan tidak akan mempengaruhi kita secara signifikan selain ketidakselesaan perut sekali-sekala, tetapi penyakit kronik jangka panjang seperti kanser, kerosakan hati dan buah pinggang dan sistem imun yang lemah merupakan gugatan yang serius terhadap kesihatan kita.
Jika anda mengalami serangan cirit-birit, kejang perut, muntah atau loya dari masa ke semasa, anda mungkin perlu memeriksa semula sumber air minuman anda.
Sebagai sistem penulenan air menyeluruh yang membekalkan anda 99.9% air tulen, penapis air Bio Pure Siri K Elken mungkin merupakan penyelesaian yang anda sedang cari-carikan!
Sumber: http://wvi.org/laos/article/drinking-unclean-water-puts-children-risk
SMS/Whatsapp/Telegram: 019-335 1899