Masalah Air Tercemar | Bekalan Air Paip Kotor, Berkarat & Berkeladak Boleh Menimbulkan Ketidakselesaan Serta Masalah Kesihatan

Air bersih diperlukan dalam kehidupan seharian untuk diminum, memasak, mandi dan membersih pakaian.

Tapi bekalan air paip selalu tercemar dengan kotoran, karat dan keladak. Sebab itu sangat penting untuk anda mempunyai penapis air di rumah.

Baca luahan penduduk yang mengalami masalah air tercemar melalui keratan surat khabar ini.

Teguk Air Karat

“Nak bayar bil air pun rasa tak ikhlas,” luah seorang penduduk di Taman Dagang Fasa 1, mengenai bekalan air mengandungi karat dan tekanan air yang terlalu rendah.

Penduduk, Maimun Samsudin, 48, berkata bekalan air sangat kotor dan dikhuatiri akan menyebabkan masalah kesihatan jika ia digunakan untuk tujuan memasak.

Katanya, bekalan air di rumahnya hanya digunakan untuk membasuh dan mandi saja, manakala untuk memasak, dia terpaksa membeli air bersih daripada alat penapis dengan harga RM3 bagi 10 liter, sejak lima tahun lalu.

“Kira-kira 150 liter air bersih dibeli untuk penggunaan sebulan. Sebelum ini saya sekeluarga tidak mengambil berat mengenainya dan menggunakan saja air berkarat berkenaan, namun selepas ujian air dilakukan syarikat pembekal alat penapis air membuatkan saya mengambil langkah ini walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan,” katanya.

Masalah itu turut dikongsi Samsudin Mohamad, 47, yang mengakui kualiti bekalan air di taman perumahan itu sangat teruk, berwarna kekuningan serta berbau sehingga melekat pada pinggan mangkuk yang dibasuh.

“Kualiti air seperti ini boleh memudaratkan kesihatan penduduk jika pihak berkenaan tidak mengambil langkah segera (menggantikan paip bawah tanah),” katanya yang memasang alat penapis air di rumahnya sejak tiga tahun lalu.

http://www.hmetro.com.my/articles/Teguk-air-karat/Article/

Air Paip Tercemar Kotor Berkarat

Air Paip Berkarat

Seorang kerani sekolah dari Taman Sri Sempang, Merlimau, terkejut apabila mendapati kain lampin anaknya dibasuh menggunakan mesin basuh di rumah ada tompok kekuning-kuningan akibat masalah air berkarat.

Noraini Abdul Karim, 32, berkata dia pada mulanya menyangka kejadian itu mungkin berlaku sekali, namun ia berlaku berulang kali hingga menjejaskan kehidupan harian keluarganya.

“Apabila melihat warna kain lampin itu bertompok-tompok kekuningan, saya hairan lalu mengambil keputusan menadah air daripada saluran paip mencari punca masalah itu.

“Saya terkejut melihat air paip berkarat. Apa yang pasti, kejadian air berkarat berlaku hampir setiap hari dan menimbulkan masalah kepada kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Menurutnya, dia kecewa dengan masalah air berkarat yang berlaku sejak Julai lalu hingga terpaksa menunggu air bersih sebelum membasuh pakaian keluarganya.

“Kebiasaannya selepas pulang kerja, saya akan segera membasuh pakaian, namun sejak kejadian itu, saya terpaksa menunggu air bersih untuk membasuh baju.

“Selain itu, saya terpaksa mengasingkan setiap pakaian putih kerana khuatir warnanya akan bertukar menjadi tompok kekuningan,” katanya.

Katanya, masalah air berkarat bukan saja dialaminya, malah kira-kira 50 keluarga lain di taman perumahan berkenaan mendakwa menghadapi keadaan sama, tetapi enggan membuat aduan.

“Pernah sekali saya mengadu kepada rakan berhubung kejadian air berkarat, dan dia memaklumkan mungkin proses cucian tangki dilakukan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

“Namun, apabila ia berlaku setiap hari, saya terfikir adakah proses cucian ini berlaku setiap hari sedangkan ada ketika air mengalir bersih seperti biasa,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Air-paip-berkarat/Article/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *