Tips Kesihatan | 6 Kebaikan Meminum Air Tulen Dari Penapis Air Osmosis Songsang (Reverse Osmosis) @ RO

Terdapat 663 juta orang di seluruh dunia yang tidak dapat memperoleh sumber air yang bersih, sihat dan selamat. Pengurusan sisa air yang kurang atau tidak cekap di bandar, perindustrian dan pertanian telah mengakibatkan air minuman beratus juta orang tercemar secara berbahaya atau tercemar secara kimia.

Air yang tercemar dan sanitasi yang lemah telah dikaitkan dengan penularan penyakit berbahaya seperti kolera, cirit-birit, disenteri, hepatitis A, tifoid dan polio. Penyakit tersebut adalah punca kematian kepada ramai kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

Apakah Kepentingan Meminum Air Bersih, Sihat dan Selamat?

Minum air yang bersih, sihat dan selamat dari pencemaran adalah sangat penting kerana badan anda terdiri daripada 60% air. Jadi badan memerlukan air bersih yang banyak untuk penghidratan, metabolisme, penghadaman dan penyahtoksikan.

Pengambilan air bersih yang dicadangkan untuk kaum lelaki adalah sekitar 3.7 liter manakala 2.7 liter untuk kaum wanita.

Air Bersih Penapis Air Bio Pure Elken Malaysia

Air bersih dan selamat adalah penting untuk fungsi buah pinggang yang sihat kerana ia memastikan saluran darah sentiasa terbuka agar darah dapat mengalir secara lancar untuk menyalurkan nutrien penting kepada badan.

Air juga membantu buah pinggang untuk menyingkirkan bahan buangan daripada darah dalam bentuk urin. Kegagalan buah pinggang boleh berlaku jika air kurang dalam badan dan  buah pinggang tidak berfungsi secara baik.

Penyahhidaratan atau masalah kekurangan air dalam badan adalah punca berlakunya batu karang buah pinggang dan jangkitan saluran kencing.

Air Bersih Penapis Air Bio Pure Elken Malaysia

Antara  kesan buruk kekurangan air dalam badan ialah:

  • Meningkatkan tekanan darah kerana darah menjadi semakin pekat
  • Asma dan alahan menjadi lebih teruk kerana saluran udara menjadi terhad
  • Masalah penghadaman, sembelit dan risiko pedih hulu hati yang meningkat
  • Sakit sendi yang diakibatkan oleh pengurangan keupayaan penyerapan-kejutan sendi
  • Masalah pemikiran dan penaakulan

Kebaikan Meminum Air Tulen

Air tulen adalah air yang bebas dari segala pencemaran. Air tulen tidak mengandungi sebarang bahan kimia, mineral, sebatian atau elemen. Air tulen menghidratkan dan menyegarkan badan kita.

Antara kebaikan meminum air tulen adalah:

  • Meminimumkan pendedahan terhadap bahan cemar di dalam air paip
  • Mengelakkan arsenik di dalam air paip yang bakal mengakibatkan kanser kulit
  • Mengelakkan klorin di dalam air paip yang boleh mengakibatkan berat lahir rendah, kelahiran pramatang, kecacatan lahir dan kematian fetus.
  • Berpotensi mengurangkan sebarang simptom alahan
  • Menjadi lebih peka dan bertenaga

Air Bersih Penapis Air Bio Pure Elken Malaysia

H2O yang BETUL- BETUL TULEN

Osmosis Songsang (RO) merupakan satu-satunya teknologi yang dapat menyingkirkan hampir kesemua bahan cemar termasuk bakteria, virus, logam berat dan zarah halus untuk menulenkan air.

Direka bentuk menggunakan satu sistem penulenan air RO yang berteknologi tinggi dan pemenang anugerah, penapis air Bio Pure, Siri-K Bio Pure dan Siri-N Bio Pure terbukti secara saintifik mampu menyingkirkan bahan cemar halus sekecil 0.0001 mikron secara berkesan melalui 5-langkah proses perlapisan demi menghasilkan H2O yang tulen dan berkualiti tinggi.

Air Bersih Penapis Air Bio Pure Elken Malaysia

Rujukan:

https://www.unicef.org/wash/

http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs391/en/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *