Tips Kesihatan | 8 Waktu Terbaik Untuk Minum Air Bersih Untuk Memaksimumkan Faedah Kesihatannya Kepada Anda

Anda boleh bertahan selama 7 hari tanpa makanan, tetapi tidak boleh tahan 1 hari pun tanpa air. Semua orang tahu tentang kepentingan meminum air yang bersih dan selamat.

Tetapi tahukah anda bahawa terdapat waktu-waktu tertentu untuk minum air supaya anda boleh memaksimumkan faedah kesihatannya?

Kebanyakan oranga minum air ketika dahaga. Tetapi ini bukan cara yang betul untuk penghidratan semula!

Air sepatutnya diminum pada waktu-waktu tertentu bagi memaksimumkan penyerapan air dan menyeimbangkan kesihatan anda.

Ketahuilah bagaimana anda dapat memperbaiki tahap kesihatan anda dengan meminum air pada waktu yang betul sepanjang hari.

Air Bersih Penapis Air Bio Pure Elken Malaysia

1. Sebaik sahaja bangun pada waktu pagi

Badan anda kehilangan banyak air selepas tidur sepanjang malam. Minum secawan air suam sebaik bangun daripada tidur pada waktu pagi boleh membina persekitaran yang sesuai untuk mencairkan kelikatan darah dan mengejutkan organ-organ badan.

Jika anda ingin merangsang pergerakan usus, tambahkan sedikit perahan lemon ke dalam air suam anda.

Air Bersih Penapis Air Bio Pure Elken Malaysia

2. Satu jam sebelum makan

Minumlah air dengan banyaknya sejam sebelum waktu makan untuk membantu badan anda menggalakkan penghadaman dan seterusnya meningkatkan selera makan anda.

Dengan berbuat demikian, anda juga dapat mengawal berat badan pada masa yang sama.

Air Bersih Penapis Air Bio Pure Elken Malaysia

3. Setiap setengah jam di dalam bilik berhawa dingin

Udara kering daripada penyaman udara menyebabkan badan kehilangan air dengan lebih cepat, mengakibatkan membran mukus kering.

Minumlah sedikit air setiap 30 minit untuk mengisi semula kandungan air badan anda.

Air Bersih Penapis Air Bio Pure Elken Malaysia

4. Setengah jam selepas makan

Minum seteguk air, 30 minit selepas makan untuk menggalakkan pencernaan. Elakkan daripada minum air yang banyak pada waktu ini kerana ia mungkin merangsang pedih hulu hati.

Air Bersih Penapis Air Bio Pure Elken Malaysia

5. Sekejap-sekejap semasa kerja

Minum air secara sekejap-sekejap semasa kerja untuk melembutkan pembuangan sisa di dalam badan, dan juga untuk membantu anda melega dan menghilangkan stres.

Air Bersih Penapis Air Bio Pure Elken Malaysia

6. Sebelum balik kerja

Orang yang bekerja di pejabat selalunya lupa untuk minum air secukupnya. Oleh itu, jadikanlah tabiat untuk selalu minum beberapa teguk air sebelum balik kerja.

Kekurangan pengambilan air boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang dan pundi kencing serta juga sakit belakang.

Air Bersih Penapis Air Bio Pure Elken Malaysia

7. Selepas mandi

Mandi dengan air hangat boleh mengembangkan saluran darah dan meningkatkan pengaliran darah. Minum secawan air suam secara perlahan-lahan boleh membantu melaraskan denyutan jantung anda.

Air Bersih Penapis Air Bio Pure Elken Malaysia

8. 2- 3 jam sebelum tidur

Anda seharusnya tidak minum terlalu banyak air sebelum tidur. Waktu yang terbaik untuk minum air ialah 2 -3 jam sebelum anda tidur.

Amalan ini boleh membantu mengurangkan kehilangan air di dalam badan ketika anda tidur di samping melancarkan peredaran darah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *