Tips Kesihatan | Air Sakit Kelihatan Bersih Tapi Boleh Mengancam Kesihatan Anda!

Air amat penting untuk manusia meneruskan kehidupan.

Sebelum ini, kita hanya bimbang akan air ‘kotor’, iaitu air yang keruh atau jelas kelihatan mengandungi kekotoran, lumpur ataupun karat.

Air Bersih Penapis Air Bio Pure Elken Malaysia

Tetapi sekarang masalah pencemaran air menjadi semakin serius. Masalah dengan air bukan lagi air kotor tetapi juga air “sakit”.

Air Bersih Penapis Air Bio Pure Elken Malaysia

Apakah air sakit? Air sakit kelihatan bersih pada pandangan mata kasar serta tidak berbau dan tanpa rasa.

Tetapi ia sebenarnya mengandungi sisa racun perosak, pencemar perindustrian, logam berat dan bahan radioaktif pengancam kesihatan yang memasuki sumber air melalui pencemaran perindustrian, baja pertanian dan bahan kimia di tapak timbus pelupusan sampah.

Air ‘sakit’ boleh membawa maut!

Air Bersih Penapis Air Bio Pure Elken Malaysia

Salah satu kebimbangan besar air sakit ialah kandungan logam berat yang terlarut dalam air. Logam toksik biasanya digunakan dalam perkilangan dan beracun walaupun dalam dos yang amat kecil.

Meminum air sakit boleh menyebabkan penyakit kronik dan kematian dalam jangka masa panjang. Antara logam berat berbahaya yang biasa mencemari air sakit termasuk arsenik, plumbum, mangan, nitrat, nitrit dan flourida.

Pencemaran Bakteria E. Coli Dalam Air

Fenomena ‘air hitam’ yang berlaku di Batu Ferringi, Pulau Pinang baru-baru ini memperoleh prihatin serius khalayak umum apabila pihak berkuasa mengesyaki bahawa air berkenaan mengandungi bakteria E. Coli yang boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing, kegagalan buah pinggang, anemia serius dan keracunan makanan.

Air Bersih Penapis Air Bio Pure Elken Malaysia

Pihak berkuasa sentiasa memantau isu pencemaran air kerana ia mampu mencemarkan bekalan air minuman dan boleh mengakibatkan jangkitan serta penyakit kronik tersebar luas dalam jangka panjang.

Air Bersih Penapis Air Bio Pure Elken Malaysia

Pencemaran air menjadi suatu ancaman yang semakin meningkat serlari dengan perkembangan perindutstrian moden.

Selain bakteria E. Coli, ada banyak bahan cemar kimia mikroskopik boleh dijumpai di dalam air minuman kita.

Ia menjulat dari penghasilan pertanian dan aliran perlombongan kepada kompaun radioaktif, serta sisa yang amat halus lebih daripada 100 jenis ubat-ubat dan kompaun farmaseutikal yang berbeza yang telah ditemui di dalam tasik, sungai, takungan dan anak sungai; air sisa, air bawah tanah danbekalan air minuman yang lain (1&2)

Air Bersih Penapis Air Bio Pure Elken Malaysia

Malangnya, kebanyakan sistem rawatan air tidak dilengkapi kemudahan untuk menyingkirkan bahan cemar yang hanya boleh diukur pada paras nanogram per liter ini.

Air Bersih Penapis Air Bio Pure Elken Malaysia

Kebanyakan bahan cemar yang amat halus dan tidak boleh dilihat ditemui di dalam air minuman tertapis di seluruh dunia, lantas meningkatkan kebimbangan para saintis terhadap akibat jangka panjang ke atas kesihatan manusia.

  1. http://www.who.int/water_sanitation_health/publications/2011/pharmaceuticals_20110601.pdf
  2. http://hosted.ap.org/specials/interactives/pharmawater_site/day1_01.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *